Wednesday 16 September 2009

:: :: Lot Meniaga ::: :::

Dalam perniagaan, kita perlu memilih tempat yang strategik untuk berniaga. Maka dalam bulan ramadhan, bazaar adalah tempat paling strategik untuk memasarkan produk kita. Untuk itu, kita perlu memilih produk yang bersesuaian dan mendapat sambutan.














Harus diingatkan, kereta sebagai contoh, bukanlah produk pilihan yang sesuai untuk dipasarkan di bazaar ramadhan. Kerana tak ada orang yang nak berbuka dengan hidangan gearbox kereta berulam stering atau menghirup air ‘cond ’ ais ataupun air radiator 'o' panas. Kita sendiri sudah sedia maklum produk yang sesuai tentulah makanan yang nampak menyelerakan dan menggiurkan. Contohnya macam ayam golek, ataupun ayam percik yang dah bersira dengan sos cilinya ataupun popia goreng bersalut sambal manis yang ditabur bawang goreng di atasnya. Barulah bisnes muntijah namanya.

Begitulah juga hakikat ramadhan itu sendiri. Kita telah dipilih oleh Allah SWT untuk berada di dalam ramadhan dan diletakkan dalam tempat yang paling strategik dengan tawaran serta promosi yang hakikatnya membuatkan kita nak terus ber’niaga’ kerana banyaknya keuntungan yang sedang menanti. Maka rugilah kalau kita tak nak ber’bisnes’ dalam bulan ni ataupun sekadar membuka perusahaan ‘kecil-kecilan’.

Kita harus sedar dan celik serta mencelikkan orang lain. Kerena apa? Keranamu Malaysia……bukan ini jawapannya. Jawapannya terletak pada pada ic masing-masing. Kita lihat sendiri pada dua nombor terhadapan tersebut . ‘99’0231-99-4561. Memang tidak dinafikan, nombor tersebut semakin jauh meninggalkan kita dan akan semakin jauh. Tetapi hakikatnya, kita sendiri ada ‘invisible’ ic yang ramai orang lupa nak check dek kerana terlalu syok meraikan tarikh yang tertera pada ic nya yang ‘visible’ tu. Nombor yang dua Itu merupakan tahun expired untuk diri kita yang mana nombor dua paling hadapan tersebut mungkin adalah ‘09’####-##-####. Mungkin juga ‘10’####-##-####. Kita sendiri tak tahu. Jadi untuk apa kita lepaskan lot gerai yang telah tersedia. Mungkin tidak ada lagi gerai, tidak ada lagi lot, tidak ada lagi peluang tersebut selepas ini. Ayuh,inilah masanya……….ini bukan lagi tawaran. Tapi ini adalah peringatan untuk yang masih belum celik, yang buat-buat tak celik dan juga untuk yang tidur celik. Peringatan hanya sekadar peringatan. Peringatan akan sia-sia tanpa tindakan. Salam ramadhan pada antum semua. Mudahan-mudahan masih diizinkan untuk kita semua berukhwah dan bermahabbah. Shukran jazilan pada yang yang sudi membaca dan pada yang menfoward dan pada yang meniliti dan pada yang terclick ‘read more’…. Dan pada siapa-siapa sahaja.
Edited from tazkirah @ ikim.fm